PENGALAMAN menjalani penggambaran drama Perempuan Itu sekitar dua tahun lalu menyedarkan Amar Asyraf bahawa lakonan bukan lagi jiwanya.
Amar atau Amar Asyraf Zailuddin, 38, berkata, babak dia seolah-olah memegang bahu heroin drama tersebut iaitu Mimi Lana membuatkan dia diselubungi rasa bersalah.
Jelas Amar, dia sedar apa dilakukan adalah satu kesalahan dan mahu berubah dan tidak mengulangi kesilapan sama.







