PELAKON Chew Kin Wah masih menetap di Kuala Lumpur walaupun namanya kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggiat seni filem Indonesia.
Chew, 59, berkata, dia beberapa kali terlepas peluang berlakon dengan produksi tempatan kerana ada menyangka dia sudah berhijrah ke negara jiran.
“Ada pengarah mahu ambil saya berlakon tapi produksi tidak hubungi kerana sangka saya tinggal di Jakarta.