GARA-GARA berkongsi video mengenakan jubah dan tudung labuh, ramai yang menyangka pelakon Amelia Christie kini sudah pun berhijrah menutup aurat sepenuhnya.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Amelia atau Amelia Christie Lim, 24, memberitahu dirinya masih belum terbuka hati untuk berhijab.
“Bawa bertenang kawan-kawan ku, belum lagi adui!” katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Amelia masih belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.





