PENYANYI rap Zamaera mendakwa dirinya dirakam tanpa izin oleh seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) semasa menerima perkhidmatan urutan di sebuah premis di Subang Jaya, Selangor.
Kata Zamaera atau Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28, apa yang membuatkan dia bengang apabila ketika pemeriksaan itu dilakukan dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya bertuala.
“Tiba-tiba entah dari mana saya terdengar langsir bilik saya dibuka dan apabila saya menoleh saya ternampak seorang lelaki berkaca mata hitam memegang kamera telefon dan merakam saya. Saya terkejut!

Zamaera tuntut penjelasan pihak berkuasa.





