SUSULAN pendedahan pelakon Adriana Adnan yang mendakwa pernah diminta mencipta kontroversi demi kekal relevan dalam industri hiburan, pengacara Uyaina Arshad mendedahkan pengalaman sama dialaminya namun jauh lebih teruk.
Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, ketika baru melangkah masuk ke dunia seni dia diminta melakukan perkara bertentangan dengan prinsip diri semata-mata untuk mencipta sensasi.
"Adriana, waktu saya mula-mula masuk industri, saya pun disuruh benda yang sama. Tapi pengalaman saya lebih teruk.

Uyaina dan Adriana pernah diminta buat kontroversi bagi kekal relevan.






