GARA-GARA mengenakan kuku palsu ketika melakukan siaran langsung di media sosial, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerima teguran daripada segelintir netizen.
Menjelaskan perkara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata pemakaian kuku palsu tersebut atas tuntutan kerja dan bukan digunakan secara sengaja dalam tempoh yang lama.
Malah Bella memberitahu ketika itu dia juga berada dalam keadaan uzur yang membolehkannya memakai aksesori berkenaan.






