PENYANYI Ameng Spring berkongsi pengalaman luar biasa ketika diberi peluang membuat persembahan dalam program Kilauan Emas 5 pada tahun 2015 sewaktu masih menjalani hukuman penjara.
Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berkata kemunculannya dalam program tersebut bukanlah atas permintaannya sendiri, namun ia merupakan inisiatif pihak Astro selaku produksi yang membuat permohonan khas kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun mendapat kelulusan untuk keluar membuat persembahan, dia tetap perlu mematuhi prosedur keselamatan yang sangat ketat.







