Hiburan

Didi Astillah sah bergelar isteri, selamat disatukan dengan pilihan hati

PENYANYI Didi Astillah sah bergelar isteri kepada pasangan pilihan hatinya iaitu Dinie Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.05 pagi, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Didi iaitu Awang Astillah di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Mohamad Nazri di dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Cyberjaya.

Dengan sekali lafaz, Didi sah menjadi isteri Dinie.

Pada majlis berkenaan, Diniey menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta lima dulang hantaran.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh