NAMA Nad Zainal dikenali sebagai seorang pelakon versatil yang mampu melakonkan pelbagai peranan dalam drama lakonannya.
Pun begitu, masih terdapat segelintir pihak menganggap wajah Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 34, tidak sesuai menerajui peranan utama.
Tidak kisah dengan kritikan tersebut, Nad sebaliknya memberitahu wajah ‘awam’ dimilikinya menyebabkan dia sering mendapat pelbagai watak.
Nad berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman TikTok.