PELAKON Diana Rafar tidak menyangka program Pocket to Pocket Artis yang dianjurkan olehnya bersama suami iaitu Zamarul Hisham mendapat sambutan baik dalam kalangan selebriti yang ingin sama-sama memberi sumbangan.
Meskipun niatnya itu baik, Diana atau Adiana Abdul Rafar, 42, bagaimanapun berkata ada juga rakan selebriti yang mempertikaikan usaha murninya itu.
“Apabila saya mula berkongsi poster program ini ramai rakan artis yang menghubungi dan mahu sama-sama membantu. Ada antara mereka yang kesal kerana tidak diberitahu awal tentang program baik sebegini.
Diana terharu dengan sambutan rakan selebriti untuk bantu artis veteran.