PELAKON Idan Aedan meluahkan rasa syukur apabila menerima pujian daripada aktres Indonesia, Dian Sastrowardoyo selepas mereka digandingkan dalam filem antarabangsa berjudul The Fox King.
Idan atau Muhammad Shahidan Abdullah, 21, juga berkata peluang berlakon di sisi Dian merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dalam kerjaya seninya.
“Saya pun terkejut bila tahu dia puji saya macam tu. Tak sangka langsung. Tapi saya rasa sangat bertuah dapat bergandingan dengan pelakon hebat macam Dian.

Idan bakal berangkat ke Toronto, Kanada pada 7 September ini.





