PERTELINGKAHAN dengan ketua kumpulan Ukays iaitu Amy yang belum bertemu titik noktah membuatkan kehidupan dan emosi penyanyi Amir UK’s terganggu.
Enggan terus dibelenggu dengan perkara itu, Amir memilih jalan berdiam diri dan melupakan sengketa di antara mereka kerana percaya ia terbaik buat mereka.
“Saya dah malas nak fikir perkara ini sebab ganggu emosi dan buat kacau kehidupan. Lebih baik saya tak payah layan.

Amir tidak pernah gentar untuk bertentang mata dengan Amy.






