PELAKON Tracie Sinidol yang berasal dari Sabah mengakui sukar bagi dirinya untuk bertutur dalam dialek Semenanjung disebabkan tidak mempunyai ramai kenalan.
Tracie, 22, bagaimanapun berkata, dia akan sentiasa berusaha sedaya upaya bagi memastikan setiap lakonan yang dibawa tidak kedengaran dialek Sabah yang keterlaluan.
“Ia agak sukar bagi saya. Masa mula-mula datang penggambaran untuk Luruhnya Bunga Cinta, dialek Sabah sangat-sangat pekat.
Tracie akan sentiasa berikan yang terbaik untuk menjayakan drama itu.