PERSONALITI media sosial Aisar Khaled membuat kejutan kepada rakan baiknya iaitu Muhammad Nicholas Alif Putera Adil dengan memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 sempena perkahwinan sahabatnya itu.
Kata Aisar, 23, wang bernilai RM100,000 itu tiada bandingan jika dibandingkan dengan jasa seorang sahabat yang sentiasa berada di sisi sewaktu susah dan senang.
Bukan itu sahaja, Aisar juga memberitahu hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan atas bantuan yang pernah diberikan oleh pemuda berusia 25 itu.
Aisar menghargai sahabat yang menyokongnya selama ini.