PELAKON Hafreez Adam membuka cerita mengenai sisi peribadi aktres Azar Azmi yang menurutnya bukan sahaja disenangi ramai, malah seorang yang cukup baik hati.
Kongsi Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 36, dia masih mengingati jasa Azar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu apabila aktres itu membantu mendapatkan panggilan kecemasan untuk adiknya yang dijangkiti Covid-19.
“Kalau ingat masa PKP, dia aktif turun padang untuk tolong orang. Masa PKP dulu adik saya dan kawannya kena Covid-19 agak teruk.

Hafreez berkongsi kebaikan Azar di Threads miliknya.





