USAHAWAN Nedim Nazri tampil mempertahankan bekas isterinya iaitu pelakon Nora Danish selepas menerima pelbagai respons berhubung komen yang ditinggalkan di laman Threads miliknya.
Nedim meminta orang ramai tidak menjadikan perkara tersebut sebagai satu isu yang boleh menimbulkan salah faham.
“Betullah bekas isteri saya balas itu. Jangan nak cari salah dia. Dia sedang berubah menjadi lebih baik.

Ada netizen yang tidak bersetuju dengan komen Nora itu.






