SUAMI kepada pelakon Allahyarhamah Nadia Kesuma, Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menyifatkan isterinya itu seorang insan yang taat, penyayang, ikhlas dan setia.
Muhammad Kamarul berkata, dia bersyukur apabila dapat menghantar isterinya ke destinasi terakhir yang ingin dikunjungi dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Semoga Allah mengurniakan keampunan kepadanya. Wahai insan tersayang, aku akan sentiasa merinduimu.

Muhammad Kamarul menyifatkan arwah seorang isteri yang taat dan setia.
Suami Nadia sentiasa berkongsi perkembangan isterinya yang dilaporkan hilang di Jeddah sejak 15 Januari lalu. 



