PELAKON veteran Kismah Johar sebak dan terharu apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.
Menurut Kismah, 74, penantian yang berlarutan selama enam tahun itu akhirnya berakhir dengan berita menggembirakan buat semua pihak yang sentiasa mengikuti perkembangan kes berkenaan.
"Ya Allah, saya sangat terharu dan gembira sekali. Rasa segala kesabaran dan ketabahan sepanjang menunggu selama ini akhirnya terjawab.

Kismah sanggup memohon cuti daripada penggambaran demi menzahirkan sokongannya kepada Syed Saddiq.






