EMOSI penyanyi Dayang Nurfaizah terganggu saat merakamkan lagu Mencintai Cinta karya terakhir penulis lirik terkenal, Allahyarham Rudy Imran.
Meskipun berat untuk meneruskan rakaman lagu ini, namun Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 43, berkata dia tetap menyempurnakan tugas itu kerana menghormati kepercayaan diberikan oleh arwah kepada dirinya.
“Agak sukar nak melakukan sesi rakaman lagu tersebut. Lagu ini benar-benar bermain dengan emosi saya.
Dayang sebak terkenangkan Allahyarham Rudy.