Hiburan

David Arumugam masih sihat, video terlantar sakit adalah fitnah

KECOH di media sosial apabila sebuah saluran YouTube mendakwa penyanyi Datuk David Arumugam sedang bertarung nyawa di hospital.

Tampil menjelaskan keadaan, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata video berkenaan mengandungi maklumat tidak benar serta berunsur fitnah.

Malah dia menerima laporan rasmi daripada Alleycats Official dan David sendiri berhubung penyebaran video tersebut.

David masih aktif membuat persembahan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh