BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu berkongsi keadaan hidupnya yang kini serba kekurangan hingga terpaksa berjalan kaki selama lima jam dan menjual motosikal demi menampung keperluan harian.
Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, apa yang dilakukannya itu bukan bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya mencerminkan tekanan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Adnan turut mempersoalkan sikap segelintir netizen yang menuduhnya sengaja berdrama atau berlakon untuk menarik perhatian di media sosial.

Adnan kecewa ramai sifatkan dia seorang yang selalu cuba meraih simpati.






