BEKAS suami penyanyi Adira Suhaimi, Adnan Abu menjawab persoalan mengenai ketiadaannya di pentas akhir program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada malam Ahad bagi menyaksikan persembahan anaknya, Anggrek.
Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 48, berkata dia telah cuba untuk mendapatkan tiket masuk ke Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyaksikan persembahan secara langsung, namun usahanya itu tidak berjaya.
“Saya tak dapat tiket. Saya reda cuma terasa hati takkan satu tiket untuk bapa pun tak ada. Saya dah cuba hubungi pengurus Adira, dia kata tak ada peruntukan untuk saya.







