BEKAS suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red kembali bergelar suami buat kali keempat apabila selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Rohanita, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada pagi Jumaat.
Beliau yang nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, berkata, majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pada majlis itu, dia menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak menyediakan hantaran.

Red dan Rohanita sedondon mengenakan busana berona putih.





