BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita pilihan hati pada Julai depan.
Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, berkata majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur memandangkan dia mahu memfokuskan kepada perkara yang wajib sahaja.
“Ya insyaAllah, bulan 7 nanti. Saya buat dekat KL, ringkas-ringkas sahaja. Buat majlis nikah sahaja,” katanya secara eksklusif kepada mStar.

Datuk Red akui sedang bahagia bersama wanita pilihannya, Rohanita.






