Hiburan

Dari Jeddah, Melbourne hingga Indonesia, peminat sanggup tempuh perjalanan panjang demi Siti Nurhaliza… “Saya redah laluan laut, darat dan udara demi Tokti”

KASIH dan kesetiaan peminat terhadap Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sekadar kata-kata apabila ada yang sanggup merentas benua semata-mata untuk menyaksikan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere & Love di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Menerusi beberapa hantaran yang tular di aplikasi TikTok, terdapat peminat tempatan yang kini menetap di Jeddah, Arab Saudi dan Melbourne, Australia sanggup terbang jauh demi berada di konsert bersejarah itu.

Menurut seorang peminat dikenali sebagai Mawi Suhimi yang menetap di Melbourne, dia tidak teragak-agak membeli tiket dan pulang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert idola kesayangannya itu.

Antara perkongsian peminat luar negara yang ke Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh