Hiburan

Darah beku di saluran utama otak, Shamsul Ghau Ghau jalani pembedahan major… “Lebih risau dia tunjukkan tanda lupa ingatan”

PROSEDUR membuang darah beku pada bahagian kiri otak yang dijalani pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau, disifatkan sebagai pembedahan major berikutan kedudukannya yang berada di saluran utama serta bersaiz besar.

Isterinya, Sharifah Azrinah, berkata doktor memaklumkan keadaan berkenaan sepatutnya dirawat dalam tempoh empat jam selepas serangan strok berlaku.

"Doktor kata ia kes major kerana darah beku berada di saluran utama dan bersaiz besar. Sepatutnya prosedur ini perlu dilakukan dalam tempoh empat jam selepas serangan berlaku, tetapi disebabkan kami sendiri tidak tahu bila ia bermula, jadi agak sukar untuk menjawab pertanyaan doktor.

Shamsul kini masih dalam pemantauan selepas jalani pembedahan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh