KETERUJAAN dan kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata pertama diterjemahkan oleh penyanyi dan komposer Ikhwan Fatanna dalam lagu terbaharu berjudul Cahaya Mata.
Berkongsi tentang penghasilan karya ciptaan sendiri itu, kata Ikhwan atau Ikhawan Fatanna Mokhtar, 34, dia mendapat ilham lagu tersebut ketika isterinya sedang hamil dan usia kandungan ketika itu lima bulan.
“Memang sangat luar biasa perasaan ini apabila dikurniakan cahaya mata. Jadi, saya terjemahkan perasaan ini dalam lagu ini dan saya harap lagu ini dapat sambutan yang baik semua.







