PENYANYI Aina Abdul cukup terkenal dengan kekuatan vokal dimilikinya sehingga setiap persembahannya menjadi tumpuan peminat.
Maka tidak hairan kemunculan Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 32, menerusi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada 16 Februari ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Bakal mempertaruhkan lagu Puas Sudah, Aina sudah pun ‘berjaya’ memenangi kategori Vokal Terbaik versi media sosial apabila meraih undian tertinggi.

Aina meraih undian tertinggi bagi Vokal Terbaik versi media sosial.






