PELAKON Danish Iskandar berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika memandu kereta milik rakannya sewaktu dalam perjalanan ke sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan sekitar pukul 2 petang pada Isnin.
Menceritakan detik cemas itu, Danish berkata, kemalangan berlaku selepas kereta di hadapan menekan brek secara mengejut membuatkan dia gagal memberhentikan kenderaan dan melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.
Lebih malang kata Danish, kemalangan itu turut membabitkan dua buah kereta lain yang turut gagal menekan brek.
Danish syukur tiada kecederaan berlaku pada dia dan dua orang rakan.