PENYANYI Danial Kifli menganggap teguran juri jemputan, Datuk Ramli MS ketika pentas akhir Big Stage X Rocketfuel pada Ahad lalu sebagai lumrah dalam kehidupan seorang anak seni.
Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berkata, dia menerima teguran maestro muzik itu dengan hati terbuka kerana percaya ia diberikan berdasarkan kepakaran yang dimiliki Ramli dalam bidang nyanyian.
"Saya tak terasa, cuma saya rasa teguran itu betul. Kadang-kadang kita tak nampak kesalahan sendiri, tetapi orang yang pakar seperti Tok Ram nampak kesalahan itu.

Danial berpuas hati dengan kedudukan keenam dalam Big Stage X Rocketfuel.






