BINTANG Big Stage X Rocketfuel, Danial Kifli tidak pernah menjadikan kesusahan hidup sebagai alasan untuk mengalah biarpun dia pernah berkongsi beberapa ketul ayam goreng bersama adik-beradiknya.
Pengalaman itu sebaliknya menjadi pembakar semangat buat Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 23, berhijrah ke Kuala Lumpur bagi merealisasikan impian bergelar penyanyi.
“Sewaktu ayah meninggal dunia umur saya baru 13 tahun. Adik beradik semua sekolah lagi. Saya tahu pengorbanan mak daripada segi kewangan.







