PELAKON Fasha Sandha yang masih dalam tempoh berpantang selepas mengalami keguguran baru-baru ini tetap meluangkan masa menziarahi aktres Amyza Aznan susulan pemergian anak sulungnya akibat kanser paru-paru tahap tiga pada Isnin.
Menurut Fasha, walaupun dia sendiri sedang melalui detik sukar, namun ujian yang menimpa Amyza disifatkan jauh lebih berat dan menyentuh hati.
"Kesedihan saya itu tidaklah sebesar kesedihan kak Amyza. Sebab itu, walaupun saya sedang berehat dan kena duduk rumah tapi rasa tak sedap hati. Saya kena datang melawatnya.

Fasha tak sanggup biar sahabat berduka sendirian.





