SPEKULASI mengenai kehamilan selebriti dan usahawan Neelofa menjadi perhatian ramai selepas beberapa penampilan terkininya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Dakwaan itu muncul apabila Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, memuat naik beberapa gambar yang sedang mempromosikan minuman berperisa pisang jenama miliknya.
Bukan hanya tertumpu kepada produk yang pernah menjadi fenomena itu, namun netizen mendakwa terlihat bentuk ‘baby bump’ menerusi gambar berkenaan.

Neelofa dan PU Riz kini mempunyai dua anak lelaki.





