PELAKON Uqasha Senrose sekali lagi tampil bersuara berhubung kemelut rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli apabila menegaskan keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya sudah tidak mampu untuk meneruskan perkahwinan itu.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, keputusan itu melibatkan masa depan dirinya dan dibuat dengan penuh pertimbangan.
"Dengan rasa rendah diri, saya sudah tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan atau buktikan kerana semuanya sudah saya buat.

Uqasha tetap bersabar walaupun dihina netizen.







