IBU kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman terkejut apabila mengetahui lagu terbaharu anaknya berjudul Pernah Punya Aku diinspirasikan daripada kisah rumah tangga bersama penyanyi Datuk ND Lala yang dilaporkan berkecai akibat kehadiran orang ketiga.
Fauziah, 57, berkata dia langsung tidak menyangka lagu berkenaan mempunyai kaitan dengan kisah peribadi yang pernah dilaluinya, lebih-lebih lagi apabila kali pertama mendengar lagu itu dimainkan oleh Shila semasa mereka berada di dalam kereta.
“Saya agak terkejut apabila Shila mengatakan lagu itu berdasarkan kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga saya.
Shila jadi saksi ibu dicurangi.