PERKONGSIAN video yang dimuat naik pelakon Umie Aida bersama penyanyi Zizi Kirana mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Umie atau Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali, 53, dilihat memeluk Zizi dengan erat, seolah-olah cuba menenangkan hati penyanyi berkenaan.
Dalam kapsyen ringkas ditulis, Umie menjelaskan pelukan itu hadir daripada rasa kasih dan rindu terhadap Zizi.
Umie berkongsi perkara itu di Instagramnya.

Status rumah tangga Zizi dan Yusuf masih menjadi perhatian ramai. 



