SETELAH berehat hampir tiga tahun, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul My Home Is In Your Arms pada Jumaat.
Sama seperti karyanya sebelum ini, Daiyan, 31, mencipta sepenuhnya lagu berkenaan daripada bait lirik mahupun melodi.
Menurutnya, lagu ini ditulis dengan naratif kisah cinta yang menyentuh hati berkenaan pasangan yang mahu memperbaiki hubungan.
Daiyan teruja dapat bergandingan dengan Meerqeen.