PENDAKWAH selebriti, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan itu pada Rabu.
Keputusan majoriti 2-1 itu dicapai oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, yang memihak kepada rayuan akhir Da’i Syed, manakala Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid pula berbeza pendapat.
Ketika membacakan penghakiman, Azman berkata pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.






