PELAKON Aedy Ashraf tampil berani mendedahkan kehidupan gelap dan sosialnya semasa remaja sehingga awal dewasa.
Menurut Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, dari umur 16 hingga 26 tahun, dia melalui fasa hidup tanpa panduan selain penuh rasa ingin tahu terhadap dunia sekeliling.
“Saya sangat liar semasa membesar. Bila tengok diri saya umur 16 sampai 26, saya tak nampak macam ‘broken kid’. Saya macam remaja yang tiada panduan apabila sentiasa nak tahu dan mencuba apa sahaja,” katanya.

Aedy mendedahkan perkara itu dalam podcast Kita-Kita Aje!






