SELEPAS beberapa minggu persembahan mereka mendapat kritikan pedas juri, Shila Amzah dan Syahir Amzah akhirnya memberi persembahan bertenaga pada minggu keenam Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung pada malam Ahad.
Juri tetap Ajai gembira dengan peningkatan pasangan adik-beradik itu ketika menyampaikan lagu berjudul Tak Mengapa yang pernah dipopularkan oleh Datuk A. Rahman Hassan dan Keindahan Pantai nyanyian asal M. Shariff.
Malah Ajai secara berseloroh sudah mula dapat menerima tarian ‘keras’ Syahir yang menjadi identitinya.

Juri memuji peningkatan ditunjukkan Syahir dalam persembahan.





