IMPIAN anggota K-Clique iaitu Noki mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun nampaknya tidak tercapai memandangkan dia masih belum menemui calon isteri sesuai.
Enggan bersikap tangkap muat dalam memilih pasangan, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 30, mengakui dirinya sedikit memilih kerana mahu mencari wanita yang terbaik untuk dijadikan suri hidupnya.
“Awalnya saya letak target sebelum usia 25 tahun kerana sunnah Nabi tetapi tak tercapai. Kemudian letak target umur 30 tahun, tak sangka cepat pula tempoh lima tahun itu berlalu, tahu-tahu dah hujung tahun.
Noki berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan terakhir drama Sebelum Titik Noktah.