ANAK kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah mendedahkan dia sudah bertahun-tahun tidak bertemu bapanya yang juga pelakon, Aman Graseka.
Meskipun tidak lagi berhubung rapat, Dayini, 28, berkata dia masih mengikuti perkembangan semasa bapanya menerusi maklumat yang disampaikan oleh individu lain.
“Ya, memang betul saya sudah bertahun-tahun tidak berjumpa papa. Namun Alhamdulillah, setiap tahun ada sahaja hamba Allah yang menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini mengenai dirinya.
Dayini luah rasa bimbang dengan keadaan bapanya.




