SELAMA lebih tiga dekad dalam industri muzik tanah air, nama komposer Saari Amri bukan lagi asing dalam kalangan peminat seni tanah air dengan karyanya yang cukup hebat dan malar segar.
Sumbangan besar figura ini dalam menaikkan nama artis selain kehebatannya dalam industri muzik negara melayakkan dia untuk menerima pelbagai anugerah termasuk pengiktirafan yang mungkin memberi gelaran berpangkat buatnya.
Biarpun pernah menerima tawaran sebegitu, Saari atau Saari Jusoh, 58, ada alasan sendiri untuk tidak bermegah dengan gelaran ‘Datuk’ atau seumpamanya.