PENYANYI Sharul Kamal mengharapkan penyertaan dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) dapat menjadi platform terbaik untuk namanya lebih dikenali dalam industri seni.
Kata Sharul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 28, sepanjang sembilan tahun menjadi anak seni masih ada yang keliru selain menyamakan wajahnya seperti Akim Ahmad dan pelakon Hafidz Roshdi.
“Saya sangat mengharapkan satu platform seperti FD4 ini. Bila diberi tawaran saya rasa amat bersyukur. Semoga selepas ini orang akan kenal dan panggil saya Sharul Kamal.

Sharul merasakan Famili Duo musim keempat sebagai platform terbaik menaikkan namanya.






