PELAKON Haidar Hasanudin tidak berselindung apabila pernah menjalani prosedur kosmetik iaitu tanam jambang (beard transplant) bagi mendapatkan penampilan terlihat lebih kemas dan seimbang.
Menurut Haidar, 37, keputusan itu dibuat selepas mendapati pertumbuhan jambangnya tidak sekata apabila hanya lebih lebat di sebelah kanan sahaja.
"Terus terang memang saya ada buat beard transplant. Saya tanam untuk stabilkan sebab jambang saya jenis tumbuh sebelah kanan sahaja.

Haidar sentiasa jaga penampilan diri.






