SEMPENA sambutan Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan lalu, anak kepada pelakon Eyra Hazali dan penjaga gol pasukan Harimau Malaya, Haziq Nadzli mencuri perhatian ramai apabila lancar membaca surah Ad-Dhuha pada usia enam tahun.
Dalam rakaman yang dimuat naik di platform TikTok Kinder Hive, Hayder memperkenalkan dirinya dengan penuh yakin sebelum memulakan bacaan.
“Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. Saya mahu membaca surah Ad-Dhuha,” katanya.

Hayder (kiri) menerima pujian ramai kerana lancar membaca surah al-Quran.





