PERJUANGAN dua peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) iaitu Cliff Umar dan Suki Low berakhir apabila diumumkan tersingkir di minggu kedua pertandingan.
Cliff dan Suki mendapat markah tercorot menerusi persembahan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Cliff atau Cliff Umar Joseph, 41, menyanyikan lagu Laskar Cinta manakala Suki menyampaikan lagu Tak Ingin Usai gagal mencuri hati juri apabila berada di kedudukan paling corot berbanding 15 peserta lain.
Hady Mirza mendapat markah tertinggi pada minggu kedua.