PELAKON Syafiq Klye meluahkan rasa syukur apabila penglibatannya selama 12 tahun dalam bidang lakonan membuahkan hasil apabila dia melancarkan projek pertama syarikatnya iaitu Doh.
Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, berkata, cita-cita itu tercapai setelah tiga tahun syarikat produksinya iaitu Indigo Films ditubuhkan.
“Sebenarnya projek itu sudah siap sejak 2021 lagi tapi disebabkan saya dan pengarah Doh iaitu Ariff Zulkarnain ada kerja lain, jadi ambil masa sedikit untuk lancarkan first baby kami.