ISTERI kepada Hamdan Senario memaklumkan pelawak itu kini ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu akibat jangkitan kuman dalam darah.
Malini ketika dihubungi mStar memberitahu Hamdan atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, mengalami cirit-birit sejak malam Sabtu namun menganggap ia mungkin disebabkan oleh keracunan makanan.
Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih teruk membuatkan Malini memujuk suaminya itu untuk menerima rawatan di hospital.
Hamdan berada dalam keadaan sihat ketika ditemui mStar pada malam Sabtu.