Hiburan

Cinta Tersimpul Rapi versi AI diturunkan, Jane In Heaven akur isu hak cipta

LAGU Cinta Tersimpul Rapi versi ‘groovy pop’ yang dimuat naik di platform muzik milik individu dikenali sebagai Jane In Heaven terpaksa diturunkan susulan isu hak cipta.

Menerusi hantaran di TikTok Story, Jane menjelaskan tujuan asal penghasilan versi tersebut adalah untuk bereksperimen menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), selain memberi nafas baharu kepada lagu-lagu lama dengan pendekatan berbeza.

Namun begitu, selepas menerima teguran, dia mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan yang berlaku dan akur dengan tindakan yang diambil.

Perkongsian Jane di TikTok miliknya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh